Tapak pelupusan sampah haram ini terletak Bukit Cina (belakang Lapangan Terbang Subang lama) telah beroperasi besar-besaran seperti operator berlesen sejak beberapa tahun yang lalu.
Menurut penduduk tempatan, ia pernah diketengahkan kepada pihak berkuasa berkaitan tetapi kurang berkhasil.
Pada hujung Disember 2009, akibat daripada hakisan sampah-sarap menutup aliran parit mengakibatkan banjir kilat yang dahsyat setinggi 3~4 kaki menyebabkan kilang berdekatan rugi berjuta-juta ringgit.
Beberapa kilang berdekatan alami bukan sahaja kerosakkan bahan-bahan mentah berasaskan kayu, malahan yang lebih buruk adalah masin-masin elektronik rosak kerana termasuk banjir air kotor.
Hasil lawatan En. Tan AK bersama pegawai penguatkuasa ke tapak mendapati memang kegiatan membuang sampah sisaan binaan dan domestik berlaku di sini oleh seorang operator tidak bertanggungjawab.
Pegawai penguatkuasa sedang berikan arahan kepada pengurus tapak.
Keadaan tapak yang kotor dan berbau di mana operator cuba tutupkan longgokan sampah dengan lapisan nipis tanah untuk mengaburi mata orang awam.

No comments:
Post a Comment