Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, February 16, 2010

Pesta Ponggal MBSA

Pada pagi 13/02/2010 merupakan hari bersejarah bagi MBSA kerana kali pertama berjaya kerjasama dengan Kelab Amal Kaum India MBSA menganjurkan Pesta Ponggal Pertama dalam sejarah.

Sebenarnya pesta ini merupakan satu pesta tradisi seumpama "Pesta Gawai di Sabah meraikan kejayan menuai" untuk masyarakat India. Mungkin ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa cuba mengeruhkan keadaan kononnya Pesta Ponggal adalah satu acara keagamaan.

Biasanya pegawai penguatkuasa hanya diarahkan bertugas pelbagai operasi yang amat mencabar dan aktiviti majlis, tetapi lumrahnya kita jarang berikan mereka satu penghargaan yang berpatutnya. Sewajarnya kita tidak boleh lupa pengorbanan mereka setiap hari untuk memastikan bandaraya ini teratur dan selamat.

Barisan kenamaan yang hadir dalam majlis perasmian termasuklah (dari kriri) Pegawai Jabatan Korporat, Ahli Majlis En. Paparaidu, En. Tan Ah Kow, En. Adnan Jamburi, YB Dr. Xavier Jayakumar, Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar Hani, Ahli Majlis En. Azli Yusof, Pengerusi Kelab Amal, Ahli Majlis En. Utayasorian dan pegawai MBSA.

Kemesraan terpahat diwajah semua keturunan bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, Ahli Majlis En. Tan AK, Timbalan En. Mokhtar, En. Paparaidu dan En. Azli gembira dan harmoni.

Ini membuktikan kemesraan Pakatan Rakyat berkongsi hari perayaan di mana program seumpama ini dihadiri oleh wakil tiga komponen Pakatan Rakyat, iaitu En. Azli daripada Pas, En. Paparaidu daripada DAP, En. Sabestian dan En. Tan AK daripada PKR dan En. Sivarajan daripada PSM.

En. Tan AK mempelajari persediaan pesta ini dengan peserta.

YB Dr. Xavier berikan ucapan perasmian.

YB Dr. Xavier dianugerahkan bunga malai oleh Pengerusi Kelab Amal.

Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar Hani mewakili MBSA berikan ucapan tuan rumah.

Timbalan Datuk Bandar dianugerahkan bunga malai oleh En. Utayasorian.

Persembahan kebudayaan memeriahkan suasana pesta.

Kemeriahan di Dataran Shah Alam.

Peserta mengambil bahagian dengan usaha bersungguh-sungguh.

En. Utayasorian menyampaikan buah tangan kepada Timbalan DAtuk Bandar En. Mokhtar Hani.

Demi kesinambungan budaya, seorang warga emas turut mengambil bahagian dalam pesta ini.
Usaha peserta amat kagum sekali.



Pesta kebudayaan tidak mengira latar belakang politik, oleh itu ada peserta yang cuba membawa Konsep 1 Malaysia.

SAtu rekabentuk yang amat cantik sekali.

Peserta bukan sahaja daripada keturunan warga India, sebaliknya ramai peserta daripada keturunan lain turut ambil bahagian.

No comments:

Post a Comment